Thursday, December 17, 2009

OHLC Bar

Salam Sejahtera Saudara dan Saudari sekalian,

Kita sering terdengar orang ramai merujuk kepada OHLC bar.

Apa sebenarnya OHLC bar itu?

OHLC bar itu sebenarnya merujuk kepada sesuatu bar dalam carta forex yang memberitahu kita tentang perangai atau perubahan harga yang sedang berlaku kepada pasangan matawang pada masa yang tertentu.

Contoh:

OHLC Bar Eur/USD Daily akan menunjukkan kepada kita apakah harga pembukaan (Open), harga paling tinggi (High), harga paling rendah (Low) dan harga tutup (Close) untuk pasangan matawang Euro/ US dollar dalam masa Satu Hari (Daily).

Untuk keterangan lanjut, sila lihat klip video saya di You Tube ini:



Seperti biasa, sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan, sila email kepada saya di belajarforex88@gmail.com

Jumpa Lagi!

YB

Monday, December 14, 2009

Apakah itu Forex?


Salam Sejahtera Saudara & Saudari Sekalian,

Ada di kalangan kamu yang mungkin tertanya-tanya apakah itu Forex?

FOR-EX sebenarnya merupakan nama singkatan untuk Foreign Exchange.

Foreign bermaksud Asing.

Exchange bermaksud Pertukaran.

Jadi pendek kata, Forex, iaitu Foreign Exchange bermaksud Pertukaran Asing.

Apa yang ditukar?

Jawapannya adalah matawang.

Jadi Forex bermaksud Pertukaran Matawang Asing.

Kenapa kita ada aktiviti pertukaran matawang asing?

Untuk menjawab soalan ini agak mudah.

Bayangkan lah kita ada sebuah syarikat menjual kain batik di Malaysia. Pada satu hari, kedai kita dikunjungi oleh pelancong dari negara Jepun dan mereka ingin membeli kain batik daripada kedai kita.

Setelah memilih kain batik yang mereka suka, mereka semestinya perlu membayar kita duit. Tetapi mahukah anda, sebagai taukeh kedai batik tersebut menerima wang Jepun (juga dikenali sebagai Japanese Yen) sebagai bayaran untuk kain batik kamu?

Tentu la tidak. Ini adalah kerana sekiranya kita menerima wang Jepun (Japanese Yen), kita tidak dapat menggunakan wang Jepun itu untuk membeli-belah di kedai-kedai di Malaysia, bahkan untuk membayar secawan teh tarik pun wang Jepun itu akan kena reject oleh mamak kedai.

Wang Jepun hanya diterima di Jepun. Disini, kalau mahu bayar, mestilah pakai Ringgit.

Jadi, wang Jepun itu tidak ada gunanya di Malaysia. Oleh itu, jika pelancong Jepun tersebut ingin membeli kain batik daripada kedai kita, pelancong Jepun itu harusla pergi ke bank dan menukar wang Jepun itu kepada Ringgit Malaysia. Selepas itu, barulah dia boleh beli kain batik kita dengan membayar kita dalam wang ringgit.

Dengan cerita mudah kain batik tadi, sekarang, cuba kita bayangkan scenario berikut.

Dalam setiap hari dan setiap saat, terdapat berjuta-juta aktiviti jual beli antara negara kita dengan pelanggan dari negara asing. Oleh itu, dalam setiap hari terdapat berjuta-juta mata wang asing ditukar kepada mata wang Ringgit Malaysia supaya mereka dapat membeli barang Malaysia.

Aktiviti negara asing membeli barang kita dinamakan akitiviti IMPORT.

Kalau orang di Amerika Syarikat ingin membeli barang Malaysia, mereka dikatakan ingin mengimport barang Malaysia. Dan setiap kali mereka mengimport barang kita, mereka perlu menukar wang mereka ( yang di panggil American Dollar) kepada Ringgit Malaysia supaya mereka dapat bayar kita.

Sebaliknya, jika kita membeli (Import) barangan dari Amerika Syarikat, kita juga perlu menukar wang kita (Ringgit Malaysia) kepada American Dollar untuk membayar orang Amerika.

Jadi kesimpulannya begini.

Pertukaran Matawang Asing (atau digelar sebagai Forex) adalah hasil daripada pertukaran matawang dari satu negara ke negara yang lain dan ianya berasal daripada aktiviti membeli (Import) dan menjual (Eksport) antara negara-negara asing di seluruh dunia.

Setelah memahami dari mana asalnya sebab kenapa kita perlu menukar matawang, timbul pula soalan kedua.

Soalan Kedua.

Saya tidak membeli dari negara Amerika atau sebarang negara asing. Macam mana saya dapat berurusniaga atau melibatkan diri saya dalam Forex?

Jawapannya senang saja.

Walaupun kita sebagai seorang individu tidak menjual beli barangan dengan negara asing, kita masih dapat melibatkan diri dalam urusniaga Forex.

Caranya dipanggil CFD.

CFD bermaksud Contract For Difference.

Saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut lagi apa maksudnya CFD di posting yang seterusnya.

Untuk hari ini, adalah mencukupi untuk anda sekiranya dapat menghayati fakta bahawa Forex trading berpunca daripada akitiviti jual beli ( Import dan Eksport) antara negara-negara asing.

Pada posting seterusnya, saya akan menjelaskan apa maksudnya CFD dan bagaimana kita sebagai seorang individu dapat melibatkan diri dalam Forex Trading dengan menggunakan konsep CFD.

Sekian, Salam Sejahtera.

YB

Sunday, December 13, 2009

Selamat Datang (14hb Disember 2009)



Salam sejahtera saya ucapkan kepada kamu yang sedang membaca blog ini.

Saya memulakan blog ini dengan tujuan untuk berkongsi pengetahuan saya mengenai dunia forex dan adalah menjadi harapan saya bahawa blog ini dapat membantu anda dalam misi anda untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai dunia forex dan strategi-strategi yang mampu mendatangkan pulangan yang stabil dan lumayan. Saya juga mendapati bahawa blog forex yang ditulis dalam Bahasa Melayu agak kurang bilangannya di Internet dan oleh itu saya akan cuba untuk menambah koleksi blog forex dalam Bahasa Melayu.

Saya masih ingat pada suatu ketika dahulu di mana saya baru menceburi dalam bidang forex trading ini. Saya telah membelanjakan banyak wang dan masa untuk membaca dan mengikuti krusus-krusus forex. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa kebanyakan krusus-krusus serta buku-buku forex di pasaran adalah terlalu mahal dan bukan semuanya mendatangkan faedah.

Sebagai contoh, saya telah menghabiskan banyak masa untuk mempelajari pelbagai jenis indikator seperti MACD, Stochastic dan lain lain.....tetapi akhirnya, saya mendapati bahawa semua keuntungan yang saya perolehi dari forex trading saya berasal dari strategi yang tidak memerlukan begitu banyak indikator. Saya bukan bermaksud bahawa indikator-indikator itu tidak berguna. Mungkin untuk orang lain, ia amat berguna. Tetapi kepada saya, bayangkan lah berapa banyak masa yang dapat saya jimatkan sekiranya saya tahu bahawa indikator ini bukanlah jawapan kepada rahsia trading.

Terlebih dahulu, saya ingin menjelaskan bahawa saya TIDAK memiliki sebarang rahsia forex trading. Strategi saya adalah berdasarkan logik. Bukan sebarang rahsia atau magic. Terdapat banyak laman web dan "trader" yang menjamin pulangan hebat seperti RM 10,000.00 sehari jika anda membeli dan menggunakan strategi mereka. Untuk saya, saya tidak mahu mengambil risiko tersebut kerana bunyinya macam skim cepat kaya saja.

Saya lebih rela mempelajari logik di sebalik trading dan saya lebih mempercayai strategi trading yang berdasarkan sentiment dan psikologi pasaran. Lebih masuk akal bukan?

Cuba kita fikir dengan lebih mendalam. Forex Trading dilaksanakan di pasaran Tokyo, Europe, London dan US. Di setiap pasaran tersebut terdapat satu ciri yang sama iaitu setiap pasaran forex adalah terdiri daripada traders....maksudnya, setiap pasaran adalah terdiri daripada manusia.

Sama ada harga naik atau turun bergantung kepada interaksi antara manusia-manusia (traders). Kalau pada masa yang tertentu terdapat lebih banyak pembeli (buyers) daripada penjual(sellers), maka harga akan naik.

Oleh kerana itu, sebarang strategi forex yang kita gunakan untuk trading harusla mampu untuk mengambil kira dan mengukur apa yang sedang berlaku dengan interaksi traders tersebut.

Untuk memudahkan cerita saya, bayangkan la scenario berikut.

Pasaran forex terdiri daripada dua kelompok manusia.

Satu yang ingin membeli. (Kita namakan kelompok ini Lembu Jantan)(The Bulls dalam Bahasa Inggeris)

Satu lagi yang ingin menjual. (Kita namakan kelompok ini Beruang)(The Bears dalam Bahasa Inggeris)

Dan pada setiap masa, kelompok Bulls dan kelompok Bears sentiasa berperang untuk menentukan bahawa siapa yang lebih berkuasa.

Sekiranya Bulls menang, harga akan ditanduk naik.

Sekiranya Bears menang, harga akan dihantam turun.

Jadi, sekiranya kita ingin memperoleh untung dari pasaran forex, strategi yang kita gunakan mestilah mampu mengukur dan memberi petunjuk kepada kita bahawa siapa antara Bulls dan Bears yang mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang.

Sekiranya strategi kita memnunjukan bahawa Bulls mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang, maka kita mestilah memasuki kumpulan Bulls dan membeli harga untuk naik.

Sekiranya strategi kita menunjukan bahawa Bears mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang, maka kita harus memasuki kumpulan Beras dan menjual harga untuk turun.

Dengan cerita ini, sekarang anda akan lebih jelas dan memahami betapa pentingnya untuk kita memasuki kumpulan yang betul sekiranya kita ingin meraih keuntungan dari pasaran forex.

Ok la saudara dan saudari sekalian, saya berhenti di sini dulu. Saya akan berkongsi lebih maklumat lagi pada posting seterusnya.

Salam Sejahtera.
YB.