Monday, December 14, 2009

Apakah itu Forex?


Salam Sejahtera Saudara & Saudari Sekalian,

Ada di kalangan kamu yang mungkin tertanya-tanya apakah itu Forex?

FOR-EX sebenarnya merupakan nama singkatan untuk Foreign Exchange.

Foreign bermaksud Asing.

Exchange bermaksud Pertukaran.

Jadi pendek kata, Forex, iaitu Foreign Exchange bermaksud Pertukaran Asing.

Apa yang ditukar?

Jawapannya adalah matawang.

Jadi Forex bermaksud Pertukaran Matawang Asing.

Kenapa kita ada aktiviti pertukaran matawang asing?

Untuk menjawab soalan ini agak mudah.

Bayangkan lah kita ada sebuah syarikat menjual kain batik di Malaysia. Pada satu hari, kedai kita dikunjungi oleh pelancong dari negara Jepun dan mereka ingin membeli kain batik daripada kedai kita.

Setelah memilih kain batik yang mereka suka, mereka semestinya perlu membayar kita duit. Tetapi mahukah anda, sebagai taukeh kedai batik tersebut menerima wang Jepun (juga dikenali sebagai Japanese Yen) sebagai bayaran untuk kain batik kamu?

Tentu la tidak. Ini adalah kerana sekiranya kita menerima wang Jepun (Japanese Yen), kita tidak dapat menggunakan wang Jepun itu untuk membeli-belah di kedai-kedai di Malaysia, bahkan untuk membayar secawan teh tarik pun wang Jepun itu akan kena reject oleh mamak kedai.

Wang Jepun hanya diterima di Jepun. Disini, kalau mahu bayar, mestilah pakai Ringgit.

Jadi, wang Jepun itu tidak ada gunanya di Malaysia. Oleh itu, jika pelancong Jepun tersebut ingin membeli kain batik daripada kedai kita, pelancong Jepun itu harusla pergi ke bank dan menukar wang Jepun itu kepada Ringgit Malaysia. Selepas itu, barulah dia boleh beli kain batik kita dengan membayar kita dalam wang ringgit.

Dengan cerita mudah kain batik tadi, sekarang, cuba kita bayangkan scenario berikut.

Dalam setiap hari dan setiap saat, terdapat berjuta-juta aktiviti jual beli antara negara kita dengan pelanggan dari negara asing. Oleh itu, dalam setiap hari terdapat berjuta-juta mata wang asing ditukar kepada mata wang Ringgit Malaysia supaya mereka dapat membeli barang Malaysia.

Aktiviti negara asing membeli barang kita dinamakan akitiviti IMPORT.

Kalau orang di Amerika Syarikat ingin membeli barang Malaysia, mereka dikatakan ingin mengimport barang Malaysia. Dan setiap kali mereka mengimport barang kita, mereka perlu menukar wang mereka ( yang di panggil American Dollar) kepada Ringgit Malaysia supaya mereka dapat bayar kita.

Sebaliknya, jika kita membeli (Import) barangan dari Amerika Syarikat, kita juga perlu menukar wang kita (Ringgit Malaysia) kepada American Dollar untuk membayar orang Amerika.

Jadi kesimpulannya begini.

Pertukaran Matawang Asing (atau digelar sebagai Forex) adalah hasil daripada pertukaran matawang dari satu negara ke negara yang lain dan ianya berasal daripada aktiviti membeli (Import) dan menjual (Eksport) antara negara-negara asing di seluruh dunia.

Setelah memahami dari mana asalnya sebab kenapa kita perlu menukar matawang, timbul pula soalan kedua.

Soalan Kedua.

Saya tidak membeli dari negara Amerika atau sebarang negara asing. Macam mana saya dapat berurusniaga atau melibatkan diri saya dalam Forex?

Jawapannya senang saja.

Walaupun kita sebagai seorang individu tidak menjual beli barangan dengan negara asing, kita masih dapat melibatkan diri dalam urusniaga Forex.

Caranya dipanggil CFD.

CFD bermaksud Contract For Difference.

Saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut lagi apa maksudnya CFD di posting yang seterusnya.

Untuk hari ini, adalah mencukupi untuk anda sekiranya dapat menghayati fakta bahawa Forex trading berpunca daripada akitiviti jual beli ( Import dan Eksport) antara negara-negara asing.

Pada posting seterusnya, saya akan menjelaskan apa maksudnya CFD dan bagaimana kita sebagai seorang individu dapat melibatkan diri dalam Forex Trading dengan menggunakan konsep CFD.

Sekian, Salam Sejahtera.

YB

9 comments:

  1. info yang sangat berguna untuk yang baru membuka langkah pertama untuk menjadi trader forex berjaya....

    ReplyDelete
  2. Informasi yang bernanfaat ...

    Bisnis forex adalah bisnis mata uang alias valas. sebagai trader kita harus memahami bagaimana valas tersebut bekerja.

    sekarang banyak broker forex yang menawarkan kemudahan serta bonus yang berlimpah untuk trader, nah sekarang saya tertarik dengan www,octafx,com yang memberikan welcome bonus $8 dan deposit bonus 50%

    ReplyDelete
  3. saya berminat belajar.boleh tunjuk ajar?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Terimakasih tuan.. tulisan ini sepertinya cukup berkesan. saya nak cuoba belajar kat sini..

    saya trader and dah banyak loss. sekarang sedang nak cari teknik yang profitable..

    sya jg ada tulisan ttg trading forex. visit je goo.gl/ForexNewbie

    Thanks

    ReplyDelete
  6. PUNCA FOREX TRADER SELALU LOSS?

    Siapa yang boleh bagi tau kat sini apakah sebab2 seseorang forex trader itu selalu loss?

    Ada cara tak utk ubah loss ni utk jadi profit?

    Ni contoh... => https://goo.gl/vocMA0

    SELL TOP BUY BOTTOM MACAM SNIPER!
    PROFIT 738 PIPS DALAM SATU TRADE

    BANYAK SCREEN SHOT & TESTIMONIAL MEMUKAU KAT SINI
    => https://goo.gl/vocMA0

    => https://goo.gl/vocMA0

    => https://goo.gl/vocMA0

    ReplyDelete
  7. awal awal pasti bakalan bingung kalo ada yang ngejelasin forex itu gimana. bahkan saya sendiri merasa pusing karena forex trading ini. cuma gimana punjuga kan kita harus mencoba untuk membuat kemampuan trading lebih maksimal lagi. kita bisa coba menggunakan akun demo dulu, kayak di OctaFx juga

    ReplyDelete