Sunday, December 13, 2009

Selamat Datang (14hb Disember 2009)



Salam sejahtera saya ucapkan kepada kamu yang sedang membaca blog ini.

Saya memulakan blog ini dengan tujuan untuk berkongsi pengetahuan saya mengenai dunia forex dan adalah menjadi harapan saya bahawa blog ini dapat membantu anda dalam misi anda untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai dunia forex dan strategi-strategi yang mampu mendatangkan pulangan yang stabil dan lumayan. Saya juga mendapati bahawa blog forex yang ditulis dalam Bahasa Melayu agak kurang bilangannya di Internet dan oleh itu saya akan cuba untuk menambah koleksi blog forex dalam Bahasa Melayu.

Saya masih ingat pada suatu ketika dahulu di mana saya baru menceburi dalam bidang forex trading ini. Saya telah membelanjakan banyak wang dan masa untuk membaca dan mengikuti krusus-krusus forex. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa kebanyakan krusus-krusus serta buku-buku forex di pasaran adalah terlalu mahal dan bukan semuanya mendatangkan faedah.

Sebagai contoh, saya telah menghabiskan banyak masa untuk mempelajari pelbagai jenis indikator seperti MACD, Stochastic dan lain lain.....tetapi akhirnya, saya mendapati bahawa semua keuntungan yang saya perolehi dari forex trading saya berasal dari strategi yang tidak memerlukan begitu banyak indikator. Saya bukan bermaksud bahawa indikator-indikator itu tidak berguna. Mungkin untuk orang lain, ia amat berguna. Tetapi kepada saya, bayangkan lah berapa banyak masa yang dapat saya jimatkan sekiranya saya tahu bahawa indikator ini bukanlah jawapan kepada rahsia trading.

Terlebih dahulu, saya ingin menjelaskan bahawa saya TIDAK memiliki sebarang rahsia forex trading. Strategi saya adalah berdasarkan logik. Bukan sebarang rahsia atau magic. Terdapat banyak laman web dan "trader" yang menjamin pulangan hebat seperti RM 10,000.00 sehari jika anda membeli dan menggunakan strategi mereka. Untuk saya, saya tidak mahu mengambil risiko tersebut kerana bunyinya macam skim cepat kaya saja.

Saya lebih rela mempelajari logik di sebalik trading dan saya lebih mempercayai strategi trading yang berdasarkan sentiment dan psikologi pasaran. Lebih masuk akal bukan?

Cuba kita fikir dengan lebih mendalam. Forex Trading dilaksanakan di pasaran Tokyo, Europe, London dan US. Di setiap pasaran tersebut terdapat satu ciri yang sama iaitu setiap pasaran forex adalah terdiri daripada traders....maksudnya, setiap pasaran adalah terdiri daripada manusia.

Sama ada harga naik atau turun bergantung kepada interaksi antara manusia-manusia (traders). Kalau pada masa yang tertentu terdapat lebih banyak pembeli (buyers) daripada penjual(sellers), maka harga akan naik.

Oleh kerana itu, sebarang strategi forex yang kita gunakan untuk trading harusla mampu untuk mengambil kira dan mengukur apa yang sedang berlaku dengan interaksi traders tersebut.

Untuk memudahkan cerita saya, bayangkan la scenario berikut.

Pasaran forex terdiri daripada dua kelompok manusia.

Satu yang ingin membeli. (Kita namakan kelompok ini Lembu Jantan)(The Bulls dalam Bahasa Inggeris)

Satu lagi yang ingin menjual. (Kita namakan kelompok ini Beruang)(The Bears dalam Bahasa Inggeris)

Dan pada setiap masa, kelompok Bulls dan kelompok Bears sentiasa berperang untuk menentukan bahawa siapa yang lebih berkuasa.

Sekiranya Bulls menang, harga akan ditanduk naik.

Sekiranya Bears menang, harga akan dihantam turun.

Jadi, sekiranya kita ingin memperoleh untung dari pasaran forex, strategi yang kita gunakan mestilah mampu mengukur dan memberi petunjuk kepada kita bahawa siapa antara Bulls dan Bears yang mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang.

Sekiranya strategi kita memnunjukan bahawa Bulls mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang, maka kita mestilah memasuki kumpulan Bulls dan membeli harga untuk naik.

Sekiranya strategi kita menunjukan bahawa Bears mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang, maka kita harus memasuki kumpulan Beras dan menjual harga untuk turun.

Dengan cerita ini, sekarang anda akan lebih jelas dan memahami betapa pentingnya untuk kita memasuki kumpulan yang betul sekiranya kita ingin meraih keuntungan dari pasaran forex.

Ok la saudara dan saudari sekalian, saya berhenti di sini dulu. Saya akan berkongsi lebih maklumat lagi pada posting seterusnya.

Salam Sejahtera.
YB.

1 comment:

  1. wow..very nice info about Forex .its a best info and we can learn more and more about forex.thanks for share

    ReplyDelete